Tinggal dua hari saja Syawal berbaki
Didatangi pula bulan Zulkaedah
Semoga auntie dapat terus mengerjakan
puasa sunat Isnin, khamis
Dengan izinNya jua
Tahun ini tak sempat auntie bercerita Ramadhan dan Syawal
Tak per auntie ringkaskan dalam N3 ni
Ermmm...ingatan auntie pun dah mudah lupa2
Jadi auntie tulis sikit2 buat kenangan
Bulan Ramadhan yang lalu
Semua readers sedia maklum uncle dah dirumah masa tu
5 ramadhan uncle discharged dari hospital
Kami sekeluarga memang kelam kabut
Belum reti nak handle dan manage uncle
Makan masa hampir satu jam
Kami menguruskan setiap sessi
Salin lampin, sedut kahak
lap seluruh badan, pakaikan baju, susukan dan persedian ubat2
Kadang kala perlu salin cadar dan sarung bantal
Bila uncle buat 'hal'
Terpancut kencing dan termuntah susu
Hihihi
Sabar jerlah...
Apabila kepenatan
Auntie tak larat lah masak memasak
Sebulan dapur auntie tak berasap
Anakanda Pija beli setiap hari
Kecuali jika dia ada jemputan berbuka diluar
Anakanda Abam Aji pula lah akan mencari lauk dan kuih muih
Lauk selalunya dibeli mencukupi hingga kesahur
Auntie hanya perlu panaskan saja
Kami beli lauk pauk pada orang2 yang dah biasa setiap tahun
Lauk pauk yang rasanya saperti auntie masak sendiri
Jadi bolehlah makan dan tidak rasa jemu
Sampai sahur pun tak basi
Alhamdulillah
Aduhai,
Air pun dibelinya juga
Melayan air tebu, mata kucing, jagung, asam boi
Tembikai, soya, lencikang dan entah apa2 lagilah
Sepanjang bulan Ramadhan tahun ini
Anakanda Pija berbelanja besar untuk kami anak branak berbuka
Alhamdulillah
Semoga Allah memberi ganjaran bekalan untuk dunia abadinya nanti
Aamiin
Bulan ramadhan ini juga
Anakanda Pija suami isteri tidur dirumah auntie
Lepas sahur dan sesudah subuh baru dia suami isteri balik
Sebab mlm adalah shift pija, ben dan abam aji untuk jaga uncle
Hihihi
Walaupun penghujung ramadhan tiba
Persiapan Hari Raya tiada lansung terlintas bagi auntie
Dari segi perhiasan rumah, pakaian atau kuih muih
Again anakanda Pija order segala macam biskut
Tapi auntie tak pula ambil gambar biskut2 yg Pija beli
Mewah lah sangat, rasa2 auntie mahu ada sampai rm500 or lebih
Ada dekat 30++ telap bermacam2 jenis biskut
Adik perempuan Ben pun bagi macam2 jenis biskut
Anak buah auntie pun ada buatkan biskut untuk auntie
Kek macam2 jenis, lapis, buah, butter and cheese
Berkotak2 juga diberi oleh adik dan kawan2
Rezeki amatlah mewah raya ni
Hingga auntie bersedekah biskut2 dan kek2
dari seawal bulan ramadhan lagi
pada tukang physio dan kawan2 yang datang
Malah masih ada lagi yang belum berbuka balang2 biskut
Tak per, slow2 makan dgn black coffee
Some of the pic taken
hihihi gambar dari facebook
dalam galary dah terdelete
Biskut Yang masih menunggu untuk dimakan
Auntie lansung tiada hati nak berseronok Syawal kali ni
Hingga bekas/balang biskut raya pun tak digunakan
Auntie keluarkan dari lemari, basuh tapi
entahlah...
Hidang terus bekas plastik tu
Tak pernah auntie buat macam ini
Hati auntie hanya memikirkan uncle yang masih terlantar
Auntie lansung tidak kemana2 Syawal tahun ini
Hanya sebuah rumah saja auntie beraya
Rumah besan (mak Arif)
Yea hanya dialah satu2 nya besan auntie
Yang ambil tahu keadaan auntie dan uncle
Mak Ariff sedang sibuk sangat tu sbb adik perempuan Arif
Akan melansungkan hari bahagianya
Hujung minggu ni
Wah..hujung minggu ni
Auntie ada empat jemputan
Daripada pagi hingga ke malam
Auntie hanya akan pergi tiga jemputan saja
Yang terdekat di kawasan auntie
Yang jauh nun di tengah bandar KL
Memang tak dapatlah auntie pergi
Pagi Syawal pertama
Auntie berselfie bila sudah bersiap
hihihi
Ini Noy snapkan
Jubah auntie gi Haji Tahun lalu
Kali kedua pakai
Shawl baru, Noy belikan
Agak2 kenapa auntie ketap bibir?
Macam2 perasaan ada...
Drama kehidupan...
Tak yah elaborate, nanti kang auntie nangis
Hidangan saperti setiap tahun
Rendang daging, rendang limpa, kuah kacang
Ni Pija order dah dua tahun berturut2
Auntie dah tak mahu renyah2
Auntie hanya masak sambal daging dan kuah lodeh
Itu pun dibantu oleh anakanda pija dan abam aji
Noy fly, selalu mcm tu, tak dapat tolong masak memasak
Persiapan hidangan Hari Raya
Kesemua dimakan dgn nasi impit yg auntie rebus
Lemang dibeli
Ketupat palas pun ada juga
Saudara bau bacang arwah mak
datang hantar berserta rendang ayam mlm raya
Alhamdulillah
Malam Hari Raya pertama baru dapat bersessi bergambar family
Siang amat padat dengn tetamu yang bertali arus
Alhamdulillah...
Macam2 aksi anak2..
Anak2 suruh bergambar dengan uncle buat kenangan
Nampak tak bekas kuning di bantal dan leher uncle
masih belum kering masa tu
huhuhhu
Love you till eternity
Auntie happy bulan Syawal ini
dengan adanya tetamu yang bertandang
rakan2 tentera, kawan2 kerja sebelum pencen
kawan2 facebook, blog readers, dan kawan2 sekolah
kawan2 anak...ehhhh ramailah
Love All of Youuuuuuu...
Bagi yang sudi datang jumpa auntie dan uncle
Auntie ucapkan ribuan terima kasih
Semoga di berkati Allah dengan RahmatNya
akan kunjungan kalian
Auntie doakan
Semoga Allah melipat gandakan
rezeki pada tangan yang menghulur
duit raya pada auntie dan uncle tempoh hari.
Aamiin.
Hingga kita berjumpa lagi dalam penulisan akan datang
InSyaAllah..
P/s :
Maaf auntie tak sempat nak menjawab
satu persatu komen2 sebelum ni
tapi auntie so happy pada yang sudi
tinggal komen
Honestly..
I love my readerss to scrible down something here..