Semalam jari dan tangan auntie kebas2
Walaupun kebas2 masak juga
tapi yang simple2 ajer
Alhamdulillah
Masak lemak cili api ikan merah
Kobis Celur
Sambal Belacan
Auntie rebus setengah peket aja
Alhamdulillah..makan semangkok petang
malam semangkok
Semangkok kecil aja..hihihihi
Petang tu Noy gemparkan cerita kawannya kena rompak
ada auntie masukkan dalam wall fbook
Couple cina kawan Noy baru jap kena rompak kat Kelana Jaya depan rumah. Ambil wallet, jam tangan, handbag dan kereta. Perompak adalah 4 orang berbangsa melayu. Amat memalukan dan sedih sebab samseng sekarang ramai yang berbangsa melayu.
Pada masa yang sama jiran auntie juga bercerita tentang kejadian rompakkan dikawasan taman auntie.
Salaam. Rakan di Tiara Setiawangsa maklumkan sebelum zohor tadi sebuah rumah di Jln Tiara Setiawangsa 3 kena rompak! Penjenayah dtg naik van (security tak rekod no van pun!) - cungkil rumah while owner were inside the house- ikat owner - ambil brg-brg electronic dsb. Nampaknya kita kena lebih berhati-hati skrg. — feelingsad at Setiawangsa.
Fobialah macam ni, rata2 dirompak oleh perompak2, diluar rumah dan juga didalam rumah
tiada tempat yang selamat.
Moga diJauhi perkara buruk berlaku pada ahli keluarga dan juga kenalan2 auntie.
Aamiin.
Lepas makan malam, abam jubah nak mengeteh dengan kawan2nya.
Dia pergi tak lama lebih kurang 3 jam dia balik sambil memegang sehelai kertas
Auntie angkat mata, dongak2 dan angkat bahu
menanya tanpa suara, apa yang dipegangnya?
wajah nampak suram
Polis repot kataya
Kenapa? tanya auntie risau
Beg duit tercicir katanya
Ishhhh..macam mana boleh tercicir
sedangkan kau ada beg sandang? kata auntie
Tak mama, beg duit dikocek belakang kata abam jubah
Pasti cicir atau dicopet?
Dia pula mengangkat bahunya.
Apa yang ada dalam wallet? auntie bertanya lagi
Semualah, i/c, atm kad, kad kawin, kad kooperasi,
membership kad dan lesen memandu katanya
Duit banyak tak? auntie tanya lagi
Dia tunjuk dengan jari dia
sebelah kiri satu jari dan tapak tangan kanan
dengan jari2 terbuka
Hahhhh..enam ratus? terkejut auntie
Tak lah mama, enam puluh aja..katanya
Lega auntie, tak lah banyak mana
Borak2 dengan dia, apa yang nak buat dulu
i/c ker, bank kad ker
Kami tergelak2, sebab nak guna duit utk buat i/c
nak guna atm card nak keluar duit
Alahai, nanti mama pinjamkan kau duit dulu
pergi buat i/c, tu penting.
last2 dia tertidur dilantai depan tv sebelah auntie
yang sedang melipat kain.
Ketika dia nyenyak dan berdekur
auntie melihat dia dengan linangan air mata
berkata2 pada Allah didalam hati
"Ya Allah, permudahkanlah urusannya, kesianilah anakku,
bermacam2 ujian yang dilaluinya"
Subuh2 lagi ada taxi berhenti depan rumah
pemandunya memberi salam
Abam jubah mandi, uncle yang membuka pintu
Pemandu taxi tu kata dia jumpa
wallet diSetapak sambil menghulur pada uncle
uncle mengucapkan terima kasih
Ketika tu abam jubah sedang mandi dan auntie
masih disejadah lagi dalam bilik
Abam Jubah masuk bilik terus menunjukkan
walletnya pada auntie..
duit tak ada tapi yang lain2 semua ada
Bersyukur kerana dapat balik wallet tu
dan urusan2 membuat segala2 yang penting
tidak perlu lagi..Alhamdulillah
Hari ni belum masak lagi..
Entahlah nak makan apa tengahari ni
mungkin beli ajalah
tangan masih kebas2
tadi masa membasuh corning ware bubur
dalam sinki, auntie terlepas
nasib tak pecah..huhuhuhu
gengaman pun dah tak kuat lagi..